Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang di hormati.
Bulan Ramadhan menjelma semula dan umat islam di seluruh negara akan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini. Kami di PSS PENDING mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA" kepada semua pelanggan kami yang beragama islam.
Sempena hari pertama berpuasa, PSS PENDING telah menyediakan sebanyak 250 bungkus "Bubur Lambuk" untuk di berikan secara percuma kepada semua pelanggan kami. Pengagihan Bubur Lambuk ini telah dimulakan pada jam 5 petang dan semua Bubur Lambuk telah habis pada jam 6.15 petang.
Terima kasih kerana setia bersama PETRONAS dan stesen kami.