Friday, August 31, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kami di JIMISAR SERVICE STATION ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55" buat semua rakyat Malaysia amnya dan pada para pelanggan-pelanggan kami khususnya.

Di harap kemerdekaan yang telah di kecapi ini akan terpelihara dengan suburnya agar negara akan terus maju dan berkembang dengan jayanya.


Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kami di JIMISAR SERVICE STATION ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua pelanggan dan pembaca blog kami.

Di kesempatan ini juga kami (semua krew dan kakitangan JIMISAR SERVICE STATION) ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tutur kata yang tidak di senangi mahupun kesilapan yang telah terjadi. Kami sentiasa berusaha menjadi yang TERBAIK dari segi mutu perkhidmatan dan layanan yang kami berikan.

Terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong stesen Petronas terutamanya di PSS PENDING.



Saturday, August 4, 2012

KEPUTUSAN CABUTAN BERTUAH BULAN JULAI 2012

Salam Mesra daripada kami seluruh kakitangan Jimisar Service Station (PSS PENDING).

Setelah di rehatkan sepanjang bulan Jun kerana memberi laluan kepada "Penalty Kick Challenge" sempena EURO CUP FEVER 2012 @ JIMISAR, kini cabutan bertuah bulanan kami kembali menemui anda.

Cabutan telah di buat pada 02hb Ogos 2012 bertempat di pejabat PSS PENDING oleh Puan Juliana Ismail (Pengurus PSS PENDING).

Berikut adalah pemenang-pemenang Cabutan Bertuah Bagi Bulan Julai 2012:

PEMENANG UTAMA
MOHD RIDZUAN BIN TAMAM
RM200.00 (Voucher Petrol)


TEMPAT KEDUA

SULAIMAN SUIB
RM150.00 (Voucher Petrol)


TEMPAT KETIGA
HO MONG HUA
RM100.00 (Voucher Petrol)


TEMPAT KEEMPAT
VICTOR LIM KEH HENG
RM50.00 (Voucher Petrol)


TEMPAT KELIMA HINGGA KESEMBILAN
RM40.00 (Petrol Voucher)
  • YAP YONG HO
  • TEO ENG SOON
  • NASRI BIN ABU SALIM
  • CHONG SIN FAR
  • CHUA JIN PENG
 




Wednesday, August 1, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Pada 01hb Ogos 2012 bertempat di HARTZ CHICKEN BUFFET (Sarawak Plaza), PSS PENDING (Jimisar Service Station) bersama-sama syarikat-syarikat di dalam ISMACO-JIMISAR GROUP OF COMPANIES seperti Jimisar Corporation Sdn Bhd (HONDA), Jimisar Autotrade Sdn Bhd (MITSUBISHI), Ismaco Sdn Bhd (KIA, CHEVROLET dan RECOND CAR) dan Ismaco Automotive (VOLKSWAGEN) telah meraikan anak-anak yatim daripada PERYATIM seramai 160 orang untuk berbuka puasa.

Rombongan daripada PERYATIM telah tiba seawal jam 5.30 petang dan mengambil tempat masing-masing sementara menunggu waktu berbuka pada jam 6.55 petang.

Suasana di HARTZ CHICKEN BUFFET menjadi riuh rendah seketika apabila anak-anak yatim ini mula mengambil makanan untuk juadah berbuka namun semuanya masih di dalam kawalan. Terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru yang hadir serta kakitangan HARTZ CHICKEN yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik kepada anak-anak ini.

Sebaik sahaja waktu berbuka tiba, anak-anak ini beramai-ramai membaca doa berbuka puasa yang di susuli dengan doa makan.

Selesai berbuka puasa, ISMACO-JIMISAR GROUP OF COMPANIES telah memberikan duit raya kepada semua anak-anak yatim yang terlibat.