Saturday, July 10, 2010

GRAND FINALE WORLD CUP FEVER @ JIMISAR MERIAH

10hb Julai 2010 - Sabtu



Salam 1 Malaysia daripada kami kakitangan Jimisar Service Station.



Promosi "World Cup Fever @ Jimisar" berakhir petang ini dengan meriah. Keadaan bertambah meriah apabila para peserta akhir membawa keluarga hadir sebagai penyokong. Kedatangan semua hadirin disambut dengan senyuman dan kemesraan.



Acara dimulakan dengan pendaftaran peserta akhir pada jam 4.30 petang sehingga jam 5 petang seramai 17 orang peserta telah mendaftarkan diri. Tiga orang peserta tidak dapat menghadiri acara ini kerana berada di luar kawasan Kuching. Tiga peserta terbabit adalah Juara Gol Terbanyak (Mok Tik Nui) , pemenang tempat ketiga Gol Terbanyak (En. Chai Min Fah) dan peserta yang selalu hadir dengan aksi menarik beliau iaitu En. Eric Chong.



Pada tepat jam 5 petang undian telah diadakan. Lima sepakan diberikan kepada setiap peserta dimana gol pada sepakan pertama akan mendapat 5 mata, sepakan kedua 4 mata, ketiga 3 mata dan seterusnya. Sepakan akhir dimulakan jam 5.15 petang dimulai oleh En. Syarmiza Sulaiman yang kelihatan begitu yakin. Beliau berjaya menjaringkan gol pada sepakan pertama, kedua dan kelima mendapat 10 mata.



Peserta seterusnya Voon Chee Shin yang turut menjaringkan gol seperti peserta pertama tadi. Giliran peserta Karim Bin Lot membuat sepakan yang diwakili oleh anak beliau hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga dan mendapat 3 mata. "Kegugupan mungkin menjadi punca kegagalan beliau menjaringkan gol dengan lebih sempurna" kata En. Karim.



En. Gilbert mengambil giliran beliau dan beliau agak hampa kerana hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga dan kelima sahaja memperolehi 4 mata. Peserta keenam membuat sepakan adalah En. Slyvester Pelawan. Beliau antara peserta yang di kenalpasti mampu bersaing menjuarai acara akhir ini namun kegagalan beliau membuat jaringan pada sepakan pertama, kedua dan kelima memusnahkan harapan tersebut. Beliau mendapat 5 mata.



Peserta seterusnya En. Tan Kien Kuang bermula dengan baik menjaringkan gol pada sepakan pertama namun pada sepakan kedua, ketiga dan kelima beliau gagal menjaringkan gol memunggut 7 mata. Selepas itu giliran En. Mohd Osman Abd Rahman yang menjadi Naib Johan Gol Terbanyak yang dijangka akan mendominasi acara akhir ini melakukan sepakan. Apabila sepakan pertama beliau tidak menepati sasaran beliau agak hampa namun percubaan seterusnya berjaya dilakukannya. Pada sepakan keempat bola terkena tiang dan tidak masuk ke dalam gawang. Beliau memperolehi 8 mata sahaja.



En. Ismail Buang pula hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga sahaja. Beliau memunggut 3 mata. En. Richard Tang yang sedang leka menunggu giliran pula melakukan sepakan. Beliau memperolehi 8 mata hasil dua gol pada sepakan pertama dan ketiga. En. Chabul yang di wakili oleh teman sejawatan iaitu En. Indrakurniawan pula mendapat 6 mata hasil gol pada sepakan pertama dan terakhir.



Setakat 10 peserta yang melakukan sepakan hanya En. Syarmiza dan En. Voon mendahului kedudukan semasa. Peserta kesebelas En. Hamdan Bujang melakukan tiga sepakan sendiri dan dua lagi sepakan di lakukan oleh anak beliau. En. Hamdan berjaya menyempurnakan ketiga-tiga sepakan manakala anak beliau juga berjaya menjaringkan dua gol. "Memang kami tidak menyangka dapat menyempurnakan kesemua lima sepakan tersebut", ujar En. Hamdan.



En. Liu pula hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga dan keempat beliau. En. Halim pula satu-satunya peserta kaki kidal hanya mampu menyumbatkan satu gol. En. Asfarilfenardy pula bergitu yakin setelah sepakan pertama beliau menerjah jaring gol. Namun beliau gagal dalam sepakan kedua, keempat dan kelima beliau yang mendapat 8 mata.



Giliran peserta En. Subori melakukan sepakan. Beliau memperolehi 8 mata hasil gol pada sepakan pertama, keempat dan kelima. En. Jamil pula di wakili teman beliau memperolehi 10 mata hasil gol pada sepakan pertama, ketiga dan keempat.



Peserta terakhir melakukan sepakan ialah Ho Sin Yin. Beliau merupakan satu-satunya wanita yang membuat sepakan pada acara akhir ini. Beliau memukau semua peserta kerana hanya beliau yang mampu mencabar kedudukan En. Hamdan Bujang. Sepakan pertama beliau terus tepat ke dalam jaring. Pada sepakan kedua juga beliau tidak mempunyai masalah menjaringkan gol. Pada sepakan ketiga sepakan beliau terkena tiang dan keluar. Sepakan keempat beliau menerjah jaring manakala sepakan terakhir juga terkena tiang.



Setelah tamat sepakan tempat yang pertama sudah sah menjadi milik En. Hamdan Bin Bujang dengan 15 mata hasil 5 gol manakala Naib Juara menjadi milik Ho Sin Yin dengan 11 mata hasil 3 gol. Tempat ketiga dikongsi tiga peserta dengan 10 mata hasil 3 gol. Sepakan Sudden Death atau sepakan penentuan akan di jalankan. En. Syarmiza dan En. Voon berjaya menyepak masuk gol manakala wakil En. Jamil terkeluar dari perebutan tempat ketiga kerana gagal menjaringkan gol.



Sepakan seterusnya En. Syarmiza tidak menepati sasaran dan peluang itu di ambil sebaik-baiknya oleh En. Voon yang berjaya menjaringkan gol seterusnya mendapat tempat ketiga.



Setelah lengkap jadual sepakan acara akhir, majlis penyampaian hadiah di adakan sekitar jam 5.40 petang. Hadiah di sampaikan sendiri oleh pengurus stesen Petronas Jalan Pending, Puan Juliana Binti Ismail. Penyampaian hadiah di mulakan dengan hadiah-hadiah mingguan dan hadiah-hadiah misteri. Setelah itu penyampaian hadiah bagi penjaring terbanyak di sampaikan.



Sesudah itu kesemua peserta peringkat akhir di berikan sijil penyertaan khas daripada Jimisar Service Station. Penyampaian hadiah acara akhir pula di mulakan dengan tempat ke-20 hingga ke-4. Semua peserta mendapat Pingat "World Cup Fever @ Jimisar", Baju Eksklusif Fifa, Sijil Penyertaan dan Hamper. Pemenang tempat ketiga En. Voon pula mengambil giliran mengambil hadiah. Beliau menerima Piala "World Cup Fever @ Jimisar", Baju Eksklusif Fifa, Baju Wind Breaker Edisi Khas Jimisar Service Station, Sijil Penyertaan dan Hamper. Naib Juara "World Cup Fever @ Jimisar" Cik Ho Sin Yin pula menerima Piala "World Cup Fever @ Jimisar", Baju Eksklusif Fifa, Baju Wind Breaker Edisi Khas Jimisar Service Station, Sijil Penyertaan dan Hamper. En.Hamdan Bujang yang menjadi juara pertama "World Cup Fever @ Jimisar" pula membawa pulang Piala Replika Piala Dunia, Baju Eksklusif Fifa, Baju Wind Breaker Edisi Khas Jimisar Service Station, Sijil Penyertaan dan Hamper.



Majlis bergambar diadakan sejurus penyampaian hadiah tersebut. En. Hamdan yang ditemui selepas majlis bergambar menyatakan rasa gembira dengan kejayaan itu.



Sebelum menutup majlis pihak stesen Jimisar Service Station sempat mengucapkan terima kasih di atas penyertaan dan sokongan terhadap stesen ini. Pihak stesen juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana anda semua sebenarnya adalah juara. Selain dari itu, pihak stesen juga meminta maaf seandainya ada salah dan silap di sepanjang 12 minggu promosi ini berjalan.



Akhir kata dari kami kakitangan Jimisar Service Station "Terima Kasih Kerana Memilih Kami Sebagai Stesen Kegemaran Anda". Jumpa Lagi...



~my preferred station~

psspending@gmail.com






JUARA


En.Hamdan Bin Bujang








NAIB JOHAN


Cik Ho Sin Yin








TEMPAT KETIGA


En. Voon Chee Shin






TEMPAT KE-4


En. Syarmiza Bin Sulaiman






TEMPAT KE-5


En. Jamil Bin Sarkawi







TEMPAT KE-6


En. Mohd Osman Bin Abd Rahman





TEMPAT KETUJUH DAN SETERUSNYA





















































Tuesday, July 6, 2010

Keputusan Semasa Promosi " World Cup Fever @ Jimisar"

Salam 1 Malaysia buat semua pelanggan yang di hormati.


Berikut adalah keputusan semasa tidak termasuk pemenang acara akhir promosi "World Cup Fever @ Jimisar" :



HADIAH BAGI KATEGORI : PEMENANG MINGGUAN







Minggu Pertama
Wee Miaw Meng














Minggu Kedua

Nini Chai Kang Nee












Minggu Ketiga
Affendy Sahat










Minggu Keempat

Lau Teck Ping











Minggu Kelima

Ho Sin Yin












Minggu Keenam

Hamdan Bujang














Minggu Ketujuh

Sylvester Pelawan









Minggu Kelapan

Tan Kien Kuang














Minggu Kesembilan

Eric Chong










Minggu Kesepuluh

Ismail Bin Bujang












Minggu Kesebelas

Chin Tsui Phin





HADIAH BAGI KATEGORI : PEMENANG MISTERI








Mariam Binti Ali



Jamil Bin Sarkawi









Ho Mong Hua







Subori Bin Abang


HADIAH BAGI KATEGORI : PENJARING GOL TERBANYAK
TEMPAT PERTAMA
Mok Tik Nui

TEMPAT KEDUA
Mohd Osman Abd Rahman



TEMPAT KETIGA

Chai Min Fah

Saturday, July 3, 2010

Keputusan Penuh Carta 20 Penjaring GOL Terbanyak "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR"


















Salam 1 Malaysia buat semua pelanggan kami dan peserta "World Cup Fever @ Jimisar".

Terlebih dahulu jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua kerana telah menjaya dan memeriahkan lagi promosi stesen kami iaitu "World Cup Fever @ Jimisar". Sokongan dan kesetiaan anda amat kami hargai.


Promosi ini telah berjaya merapatkan lagi perhubungan antara Jimisar Service Station dan anda selaku pelanggan yang kami hormati. Kami merasa bertuah kerana anda telah menjadikan stesen ini sebagai stesen pertama di Sarawak dan mungkin juga di Malaysia yang telah menganjurkan pertandingan seumpamanya di stesen minyak. Kami juga berterima kasih kepada anda semua kerana telah menjadikan stesen minyak Petronas Jalan Pending (Jimisar Service Station) sebagai stesen pilihan anda, sesuai dengan tag line kami ~my preferred station~.


Sepanjang 10 minggu pada setiap hari Sabtu tidak mengira panas dan hujan, seramai 278 pelanggan telah mendaftar sebagai peserta "World Cup Fever @ Jimisar" ini. Sebanyak lebih 8500 sepakan telah di buat oleh kesemua peserta dan sebanyak 1430 gol telah berjaya dijaringkan.


Berikut senarai 20 penjaring terbanyak dan secara automatik telah layak ke peringkat akhir "World Cup Fever @ Jimisar" yang akan diadakan pada 10hb Julai 2010 jam 05.00 petang:

1. MOK TIK NUI (196 GOL)

2. MOHD OSMAN ABD RAHMAN (171 GOL)


3. CHAI MIN FAH (116 GOL)


4. CHABUL ANAK TUMI (91 GOL)


5. GILBERT AK GUSTAN (88 GOL)


6. HO SIN YIN (63 GOL)


7. JAMIL BIN SARKAWI (61 GOL)


8. TAN KIEN KUANG (54 GOL)


9. ERIC CHONG (50 GOL)


10. SYARMIZA SULAIMAN (48 GOL)


11. RICHARD TANG (47 GOL)


12. VOON CHEE SHIN (45 GOL)


13. SYLVESTER PELAWAN (44 GOL)


14. HAMDAN BIN BUJANG (37 GOL)

15. MOHAMMAD HALIM SAFRI (31 GOL)


16. KARIM BIN LOT (29 GOL)


17. ISMAIL BIN BUANG (27 GOL)


18. SUBORI BIN ABANG (17 GOL)


19. ASFARILFENARDY BIN JULAIHI (16 GOL)


20. LIU KIT LIM (14 GOL)
Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada peserta akhir dan selamat berjaya kepada anda semua.