Salam 1 Malaysia daripada kami kakitangan Jimisar Service Station.
Promosi "World Cup Fever @ Jimisar" berakhir petang ini dengan meriah. Keadaan bertambah meriah apabila para peserta akhir membawa keluarga hadir sebagai penyokong. Kedatangan semua hadirin disambut dengan senyuman dan kemesraan.
Acara dimulakan dengan pendaftaran peserta akhir pada jam 4.30 petang sehingga jam 5 petang seramai 17 orang peserta telah mendaftarkan diri. Tiga orang peserta tidak dapat menghadiri acara ini kerana berada di luar kawasan Kuching. Tiga peserta terbabit adalah Juara Gol Terbanyak (Mok Tik Nui) , pemenang tempat ketiga Gol Terbanyak (En. Chai Min Fah) dan peserta yang selalu hadir dengan aksi menarik beliau iaitu En. Eric Chong.
Pada tepat jam 5 petang undian telah diadakan. Lima sepakan diberikan kepada setiap peserta dimana gol pada sepakan pertama akan mendapat 5 mata, sepakan kedua 4 mata, ketiga 3 mata dan seterusnya. Sepakan akhir dimulakan jam 5.15 petang dimulai oleh En. Syarmiza Sulaiman yang kelihatan begitu yakin. Beliau berjaya menjaringkan gol pada sepakan pertama, kedua dan kelima mendapat 10 mata.
Peserta seterusnya Voon Chee Shin yang turut menjaringkan gol seperti peserta pertama tadi. Giliran peserta Karim Bin Lot membuat sepakan yang diwakili oleh anak beliau hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga dan mendapat 3 mata. "Kegugupan mungkin menjadi punca kegagalan beliau menjaringkan gol dengan lebih sempurna" kata En. Karim.
En. Gilbert mengambil giliran beliau dan beliau agak hampa kerana hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga dan kelima sahaja memperolehi 4 mata. Peserta keenam membuat sepakan adalah En. Slyvester Pelawan. Beliau antara peserta yang di kenalpasti mampu bersaing menjuarai acara akhir ini namun kegagalan beliau membuat jaringan pada sepakan pertama, kedua dan kelima memusnahkan harapan tersebut. Beliau mendapat 5 mata.
Peserta seterusnya En. Tan Kien Kuang bermula dengan baik menjaringkan gol pada sepakan pertama namun pada sepakan kedua, ketiga dan kelima beliau gagal menjaringkan gol memunggut 7 mata. Selepas itu giliran En. Mohd Osman Abd Rahman yang menjadi Naib Johan Gol Terbanyak yang dijangka akan mendominasi acara akhir ini melakukan sepakan. Apabila sepakan pertama beliau tidak menepati sasaran beliau agak hampa namun percubaan seterusnya berjaya dilakukannya. Pada sepakan keempat bola terkena tiang dan tidak masuk ke dalam gawang. Beliau memperolehi 8 mata sahaja.
En. Ismail Buang pula hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga sahaja. Beliau memunggut 3 mata. En. Richard Tang yang sedang leka menunggu giliran pula melakukan sepakan. Beliau memperolehi 8 mata hasil dua gol pada sepakan pertama dan ketiga. En. Chabul yang di wakili oleh teman sejawatan iaitu En. Indrakurniawan pula mendapat 6 mata hasil gol pada sepakan pertama dan terakhir.
Setakat 10 peserta yang melakukan sepakan hanya En. Syarmiza dan En. Voon mendahului kedudukan semasa. Peserta kesebelas En. Hamdan Bujang melakukan tiga sepakan sendiri dan dua lagi sepakan di lakukan oleh anak beliau. En. Hamdan berjaya menyempurnakan ketiga-tiga sepakan manakala anak beliau juga berjaya menjaringkan dua gol. "Memang kami tidak menyangka dapat menyempurnakan kesemua lima sepakan tersebut", ujar En. Hamdan.
En. Liu pula hanya berjaya menjaringkan gol pada sepakan ketiga dan keempat beliau. En. Halim pula satu-satunya peserta kaki kidal hanya mampu menyumbatkan satu gol. En. Asfarilfenardy pula bergitu yakin setelah sepakan pertama beliau menerjah jaring gol. Namun beliau gagal dalam sepakan kedua, keempat dan kelima beliau yang mendapat 8 mata.
Giliran peserta En. Subori melakukan sepakan. Beliau memperolehi 8 mata hasil gol pada sepakan pertama, keempat dan kelima. En. Jamil pula di wakili teman beliau memperolehi 10 mata hasil gol pada sepakan pertama, ketiga dan keempat.
Peserta terakhir melakukan sepakan ialah Ho Sin Yin. Beliau merupakan satu-satunya wanita yang membuat sepakan pada acara akhir ini. Beliau memukau semua peserta kerana hanya beliau yang mampu mencabar kedudukan En. Hamdan Bujang. Sepakan pertama beliau terus tepat ke dalam jaring. Pada sepakan kedua juga beliau tidak mempunyai masalah menjaringkan gol. Pada sepakan ketiga sepakan beliau terkena tiang dan keluar. Sepakan keempat beliau menerjah jaring manakala sepakan terakhir juga terkena tiang.
Setelah tamat sepakan tempat yang pertama sudah sah menjadi milik En. Hamdan Bin Bujang dengan 15 mata hasil 5 gol manakala Naib Juara menjadi milik Ho Sin Yin dengan 11 mata hasil 3 gol. Tempat ketiga dikongsi tiga peserta dengan 10 mata hasil 3 gol. Sepakan Sudden Death atau sepakan penentuan akan di jalankan. En. Syarmiza dan En. Voon berjaya menyepak masuk gol manakala wakil En. Jamil terkeluar dari perebutan tempat ketiga kerana gagal menjaringkan gol.
Sepakan seterusnya En. Syarmiza tidak menepati sasaran dan peluang itu di ambil sebaik-baiknya oleh En. Voon yang berjaya menjaringkan gol seterusnya mendapat tempat ketiga.
Setelah lengkap jadual sepakan acara akhir, majlis penyampaian hadiah di adakan sekitar jam 5.40 petang. Hadiah di sampaikan sendiri oleh pengurus stesen Petronas Jalan Pending, Puan Juliana Binti Ismail. Penyampaian hadiah di mulakan dengan hadiah-hadiah mingguan dan hadiah-hadiah misteri. Setelah itu penyampaian hadiah bagi penjaring terbanyak di sampaikan.
Sesudah itu kesemua peserta peringkat akhir di berikan sijil penyertaan khas daripada Jimisar Service Station. Penyampaian hadiah acara akhir pula di mulakan dengan tempat ke-20 hingga ke-4. Semua peserta mendapat Pingat "World Cup Fever @ Jimisar", Baju Eksklusif Fifa, Sijil Penyertaan dan Hamper. Pemenang tempat ketiga En. Voon pula mengambil giliran mengambil hadiah. Beliau menerima Piala "World Cup Fever @ Jimisar", Baju Eksklusif Fifa, Baju Wind Breaker Edisi Khas Jimisar Service Station, Sijil Penyertaan dan Hamper. Naib Juara "World Cup Fever @ Jimisar" Cik Ho Sin Yin pula menerima Piala "World Cup Fever @ Jimisar", Baju Eksklusif Fifa, Baju Wind Breaker Edisi Khas Jimisar Service Station, Sijil Penyertaan dan Hamper. En.Hamdan Bujang yang menjadi juara pertama "World Cup Fever @ Jimisar" pula membawa pulang Piala Replika Piala Dunia, Baju Eksklusif Fifa, Baju Wind Breaker Edisi Khas Jimisar Service Station, Sijil Penyertaan dan Hamper.
Majlis bergambar diadakan sejurus penyampaian hadiah tersebut. En. Hamdan yang ditemui selepas majlis bergambar menyatakan rasa gembira dengan kejayaan itu.
Sebelum menutup majlis pihak stesen Jimisar Service Station sempat mengucapkan terima kasih di atas penyertaan dan sokongan terhadap stesen ini. Pihak stesen juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana anda semua sebenarnya adalah juara. Selain dari itu, pihak stesen juga meminta maaf seandainya ada salah dan silap di sepanjang 12 minggu promosi ini berjalan.
Akhir kata dari kami kakitangan Jimisar Service Station "Terima Kasih Kerana Memilih Kami Sebagai Stesen Kegemaran Anda". Jumpa Lagi...
~my preferred station~
psspending@gmail.com
JUARA
En.Hamdan Bin Bujang
NAIB JOHAN
Cik Ho Sin Yin
TEMPAT KETIGA
En. Voon Chee Shin
TEMPAT KE-4
En. Syarmiza Bin Sulaiman
TEMPAT KE-5
En. Jamil Bin Sarkawi
TEMPAT KE-6
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.