Saturday, April 24, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR TELAH BERMULA

Sabtu - 24/04/2010

Jimisar Service Station (PSS Pending) telah mengadakan acara WORLD CUP FEVER @ JIMISAR bermula hari ini sehingga 03 Julai 2010. Acara ini diadakan pada jam 4 petang sehingga jam 7 petang setiap hari Sabtu bermula hari ini.

Tujuan acara ini diadakan adalah bagi memeriahkan lagi promosi Piala Dunia bersama Petronas selain bergembira serta memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan yang di hormati memenangi hadiah-hadiah yang di tawarkan oleh pihak pengurusan stesen Jimisar Service Station.

Bagi setiap pembelian sebanyak RM30.00 di Jimisar Service Station pelanggan akan di berikan satu kupon yang melayakkan pelanggan membuat tiga sepakan. Sekiranya pelanggan memakai baju pasukan bolasepak kegemaran, pelanggan akan di berikan tambahan satu lagi sepakan. Jika pelanggan memakai baju promosi Piala Dunia Petronas yang di jual di semua stesen Petronas pula pelanggan akan mendapat tambahan tiga lagi sepakan bagi setiap kupon.

Pelanggan akan di berikan "Door Gift" apabila mendaftar untuk membuat sepakan. Setiap gol yang dijaringkan akan di rekodkan sehingga 26 Jun 2010 untuk memilih 20 pemenang hadiah penjaring terbanyak. Keputusan bagi setiap minggu akan diletakkan di Papan Notis stesen pada setiap hari Isnin. Jimisar Service Station juga ada menyediakan hadiah-hadiah misteri bagi pelanggan-pelanggan yang bertuah.

Pelanggan perlu mencuba mendapatkan gol sebanyak yang mungkin dalam tempoh promosi bagi mendapat tempat 20 teratas bagi mendapatkan hadiah-hadiah.

Berikut keputusan terkini WORLD CUP FEVER @ JIMISAR:


CARTA KEDUDUKAN PESERTA WORLD CUP FEVER @ JIMISAR

  1. HAMIDAN BIN AYUB
    580908-13-5233
    A01
    3 GOL
  2. LIM BENG CHIN
    590308-13-5490
    A06
    2 GOL
  3. ZAFFI BIN BUANG
    610207-13-5146
    A12
    2 GOL
  4. GAN YUI HOCK
    800617-13-5243
    A13
    2 GOL
  5. MOHAMAD NAZARI BIN SARBINI
    750408-13-5121
    A04
    1 GOL
  6. WEE MIAW MENG
    K226807
    A05
    1 GOL
  7. AZMAN BIN ABDUL HAMID
    740916-13-5387
    A08
    1 GOL
  8. RICHARD TANG
    750120-13-5229
    A10
    1 GOL
  9. TEU KHENG HUAT
    610706-13-5053
    A02
    0 GOL
  10. CHAI MUI FAH
    610903-13-5386
    A03
    0 GOL
  11. ASFARILFENARDY BIN JULAIHI
    840709-13-5167
    A07
    0 GOL
  12. VOON CHEE SHIN
    740916-13-5663
    A09
    0 GOL
  13. MELUAN BIN MAMIK
    521206-13-5271
    A11
    14
    0 GOL
  14. HADI ABDUL HAMID
    770514-13-6003
    A14
    0 GOL

Seramai 14 pelanggan telah mendaftarkan diri dan mencuba menjaringkan gol sepanjang hari ini dan keputusannya adalah seperti di atas. Jimisar Service Station berharap agar pelanggan-pelanggan yang mendapat kupon sepakan akan datang pada setiap hari Sabtu bagi mencuba menjaringkan sebanyak gol yang boleh bagi berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah.

Di samping sepakan gol Jimisar Service Station juga ada menyediakan air percuma serta gerai menjual barangan Piala Dunia di sepanjang tempoh sepakan di adakan. Jimisar Service Station percaya acara ini akan lebih meriah pada minggu-minggu akan datang setelah pelanggan-pelanggan lebih memahami kaedah permainan yang di adakan.




1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.