Saturday, June 30, 2012

EURO CUP FEVER 2012 @ JIMISAR GRAND FINALE

Salam Mesra daripada kami kakitangan JIMISAR SERVICE STATION (Petronas PSS Pending) buat semua pelayar-pelayar laman blog kami dan kepada semua pelanggan-pelanggan setia kami.

Pada 30 Jun 2012, PSS Pending telahpun mengadakan pertandingan akhir promosi” Euro Cup Fever 2012 @ Jimisar”, sempena kejohanan Euro Cup yang telah dijalankan sepanjang bulan Jun. Ini merupakan kali kedua PSS Pending mengadakan promosi sedemikian yang mana sebelum ini PSS Pending telah menganjurkan promosi serupa semasa Piala Dunia 2010 (World Cup 2010).

Tempoh promosi yang berjalan sepanjang bulan Jun ini telahpun sampai ke minggu kemuncak di mana 10 penjaring yang terbanyak sepanjang tempoh tiga minggu akan berentap untuk menjaringkan gol seberapa banyak mata yang boleh untuk menjadi juara pada edisi kali ini. PSS Pending telahpun menyediakan hadiah berupa kupon petrol serta trophy kemenangan untuk Juara, Naib Juara serta pemenang tempat ketiga. Hadiah berupa Medal serta kupon petrol juga diberikan sebagai saguhati kepada para peserta yang mendapat tempat ke empat sehingga ke sepuluh.

Selain daripada itu juga, PSS Pending menyediakan kupon petrol kepada seorang peserta yang memberikan aksi yang terbaik semasa membuat sepakan penalti beliau. Majlis peyampaian hadiah kepada para pemenang dilakukan oleh Puan Caroline Mawas Jonathan Sabai, STM TA67 & TA68 serta Puan Juliana Ismail selaku wakil daripada PSS Pending.

PSS Pending merakamkan setinggi – tinggi terima kasih di atas kesudian Puan Caroline Jonathan Sabai serta Puan Nancy meluangkan masa untuk menyaksikan promosi Euro Cup Fever 2012 @ Jimisar pada kali ini.

Sekalung terima kasih juga diberikan kepada semua Krew PSS Pending yang bertungkus lumus menjayakan promosi ini dari minggu pertama sehingga minggu kemuncak. Berikut adalah aksi-aksi yang sempat kami rakamkan untuk tatapan semua sepanjang promosi ini berlangsung serta keputusan akhir pemenang-pemenang promosi pada kali ini.


Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.


Sehingga kita berjumpa lagi pada promosi yang serupa dan sudah semestinya para pelanggan tidak sabar untuk beraksi semula pada 2014 – “World Cup Fever 2014 @ Jimisar”. Ole!!!







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.