Berlalu sudah Hari Kemerdekaan Negara di susuli pula dengan Aidilfitri.
Pihak pengurusan serta krew-krew di PS PENDING (PETRONAS Jalan Pending) mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong kewujudan stesen kami.
Saturday, September 7, 2013
Saturday, August 31, 2013
CABUTAN BERTUAH BULAN OGOS 2013
Salam mesra daripada kami di JIMISAR - ISMACO SERVICE STATION (PS PENDING - PETRONAS Jalan Pending) buat semua pelanggan-pelanggan kami.
Pada 2hb September 2013 cabutan bertuah bagi bulan Ogos telah dilakukan oleh pengurus stesen (Puan Juliana Ismail). Sebanyak 5 orang pemenang telah terpilih dan salah seorang akan memenangi hadiah utama berupa TV LED 32".
Berikut adalah keputusan penuh pemenang Cabutan Bertuah Bulan Ogos 2013:
Pada 2hb September 2013 cabutan bertuah bagi bulan Ogos telah dilakukan oleh pengurus stesen (Puan Juliana Ismail). Sebanyak 5 orang pemenang telah terpilih dan salah seorang akan memenangi hadiah utama berupa TV LED 32".
Berikut adalah keputusan penuh pemenang Cabutan Bertuah Bulan Ogos 2013:
HADIAH UTAMA
Encik Choo Chin Chan
4 x HADIAH SAGUHATI
Encik Philip Sii
Chai Min Fah
Chew Siak Lan
Andrew Lee Kong Wei
Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang. Pada yang tidak berjaya jangan berputus asa kerana kami akan meneruskan Cabutan Bertuah ini. Cabutan Bertuah pada selepas ini adalah pada 10hb Oktober 2013 dan majlis penyampaian hadiah akan di adakan pada 12hb Oktober 2013.
Anda akan layak menerima satu borang cabutan bagi setiap RM40 yang di belanjakan di stesen kami ini.
Friday, August 23, 2013
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-56
Kami (Pengurusan & Krew) PSS PENDING (Jimisar - Ismaco Service Station) ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-56" buat semua rakyat Malaysia terutamanya kepada semua pelanggan-pelanggan stesen minyak Petronas di seluruh negara.
PSS PENDING akan memberikan bendera secara percuma kepada pelanggan-pelanggan pada 30hb Ogos 2013 jam 4 petang terhad kepada 50 pelanggan sahaja.
PSS PENDING akan memberikan bendera secara percuma kepada pelanggan-pelanggan pada 30hb Ogos 2013 jam 4 petang terhad kepada 50 pelanggan sahaja.
Sunday, August 4, 2013
KEPUTUSAN CABUTAN BERTUAH KHAS AIDILFITRI 2013
Pada 4hb Ogos 2013 jam 3 petang PSS PENDING (Jimisar-Ismaco Service Station) telah mengadakan Cabutan Bertuah sempena Hari Raya Aidilfitri yang di jangka jatuh pada 8hb Ogos 2013.
Tujuan Cabutan Bertuah ini di adakan adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan serta menyerikan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
Segala persiapan telah bermula seawal jam 12 tengahari oleh krew-krew PSS PENDING. Lagu bertemakan Hari Raya juga berkumandang sejak jam 1 petang bagi menaikkan lagi semangat dan mood Hari Raya.
Para pelanggan yang telah terpilih telah datang seawal jam 2.30 petang dan telah membuat pendaftaran kehadiran. Kaunter pendaftaran telah di tutup pada jam 3.30 petang dan bermulanya acara yang di nanti-nantikan.
Sebuah bakul berisi kupon pelbagai kod hadiah telah menjadi tumpuan pada ketika itu. Pelanggan yang telah terpilih telah di minta untuk membuat cabutan mengambil satu kupon di dalam bakul tersebut untuk mengetahui hadiah yang bakal di menangi. Setelah kesemua pelanggan selesai membuat cabutan, tibalah masanya pihak stesen mengumumkan apakah hadiah yang di menangi pelanggan melalui kod tersebut.
Hadiah saguhati yang berupa sebuah hamper set gelas istemewa yang didekorasikan oleh krew stesen ini sendiri sebanyak 20 buah telah di menangi oleh:
- TEO ENG SOON
- ABG AZMAN BIN ABG ANNUAR
- SUNIL ROY CHAKRAVERTY
- FARIZA AK BUJA
- LAW KIAN KOK
- ABG BADWIE BIN ABG IBRAHIM
- CHEW SWEE SOON
- JALI SALLEH
- ALFERD CHUA
- BENJAMIN CHANG
- CHOO CHIN CHAN
- SURATHAMAN SLAMAT
- MOHD RASUL
- JESSY CHAN PAY SHIAN
- SIM LOI SENG
- SIMON MACKENZIE
- YAP HUI TECK
- ABDULLAH SANI
- NORAIMI BTE SALLEH
- KONG YONG HIONG
Kini 7 lagi pemenang yang masih belum menerima hadiah berdebar menantikan siapa di antara mereka yang bakal membawa pulang sebuah TV LED 32".
Segala teka teki akhirnya terjawab apabila satu persatu kod pada hadiah di buka bagi pelanggan yang mempunyai kod yang sama untuk menerima hadiah tersebut.
Berikut adalah pemenang-pemenang bagi barangan elektrik yang di sediakan:
MR TEO TSAN KUANG - HADIAH : CEREK ELEKTRIK |
MR PAUL WONG CHIEW WOON - HADIAH : SETERIKA |
JURAIMI ABDILLAH - HADIAH : STAND MIXER |
TOH SIEW PHENG - HADIAH : PEMBAKAR ROTI |
MR CHONG MUI CHUN - HADIAH: BLENDER |
MR NON KURIN - HADIAH : OVEN |
HADIAH UTAMA
Sebuah TV LED 32"
MR LIAP SIONG KHING |
Majlis telah berjalan dengan lancar dan menutup tirainya pada jam 4.45 petang.
Pihak pengurusan dan krew PSS PENDING (Jimisar - Ismaco Service Station) mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang dan bagi yang tidak berjaya di harap jangan berputus asa kerana PSS PENDING akan terus memberikan ganjaran dan hadiah berupa cabutan bertuah pada setiap bulan.
Kami juga ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua pelanggan-pelanggan kami yang di hormati.
Monday, July 29, 2013
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2013
Pihak pengurusan dan krew Jimisar-Ismaco Service Station ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" & "Maaf Zahir dan Batin" kepada semua pelanggan kami.
Nantikan Cabutan Bertuah sempena Aidilfitri ini pada 4 hb Julai 2013 jam 3 petang. Pemenang Utama akan menerima sebuah TV LED 32" manakala enam pemenang lain akan memenangi hadiah berupa barangan elektrik terpilih serta 23 orang pemenang lagi akan menerima hadiah saguhati berupa hamper set gelas.
Thursday, June 20, 2013
Sunday, June 9, 2013
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Assalamualaikum.....
Kami di Jimisar-Ismaco Service Station (PSS PENDING) ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang beragama islam.
Bersempena itu juga pihak kami akan menyediakan pakej kurma yang akan di berikan secara percuma pada setiap hari bermula pada 11hb Julai 2013 sehingga 6 hb Julai 2013 dari jam 5 .30 petang sehingga masuk waktu berbuka puasa.
Kami di Jimisar-Ismaco Service Station (PSS PENDING) ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang beragama islam.
Bersempena itu juga pihak kami akan menyediakan pakej kurma yang akan di berikan secara percuma pada setiap hari bermula pada 11hb Julai 2013 sehingga 6 hb Julai 2013 dari jam 5 .30 petang sehingga masuk waktu berbuka puasa.
Saturday, June 1, 2013
Thursday, May 23, 2013
PROGRAM "EARTH HOUR"
Bersempena "Earth Hour" pada 23hb Mei stesen kami telah memberikan Eco Bag kepada pelanggan bermula jam 5 petang hingga jam 6 petang yang bertujuan memupuk agar penggunaan beg plastik dikurangkan kerana penggunaan beg plastik akan menyumbang kepada kestabilan eko sistem bumi.
Subscribe to:
Posts (Atom)