Sunday, August 4, 2013

KEPUTUSAN CABUTAN BERTUAH KHAS AIDILFITRI 2013


Pada 4hb Ogos 2013 jam 3 petang PSS PENDING (Jimisar-Ismaco Service Station) telah mengadakan Cabutan Bertuah sempena Hari Raya Aidilfitri yang di jangka jatuh pada 8hb Ogos 2013.

Tujuan Cabutan Bertuah ini di adakan adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan serta menyerikan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Segala persiapan telah bermula seawal jam 12 tengahari oleh krew-krew PSS PENDING. Lagu bertemakan Hari Raya juga berkumandang sejak jam 1 petang bagi menaikkan lagi semangat dan mood Hari Raya.

Para pelanggan yang telah terpilih telah datang seawal jam 2.30 petang dan telah membuat pendaftaran kehadiran. Kaunter pendaftaran telah di tutup pada jam 3.30 petang dan bermulanya acara yang di nanti-nantikan.

Sebuah bakul berisi kupon pelbagai kod hadiah telah menjadi tumpuan pada ketika itu. Pelanggan yang telah terpilih telah di minta untuk membuat cabutan mengambil satu kupon di dalam bakul tersebut untuk mengetahui hadiah yang bakal di menangi. Setelah kesemua pelanggan selesai membuat cabutan, tibalah masanya pihak stesen mengumumkan apakah hadiah yang di menangi pelanggan melalui kod tersebut.




Hadiah saguhati yang berupa sebuah hamper set gelas istemewa yang didekorasikan oleh krew stesen ini sendiri sebanyak 20 buah telah di menangi oleh:

  1. TEO ENG SOON
  2. ABG AZMAN BIN ABG ANNUAR
  3. SUNIL ROY CHAKRAVERTY
  4. FARIZA AK BUJA
  5. LAW KIAN KOK
  6. ABG BADWIE BIN ABG IBRAHIM
  7. CHEW SWEE SOON
  8. JALI SALLEH
  9. ALFERD CHUA
  10. BENJAMIN CHANG
  11. CHOO CHIN CHAN
  12. SURATHAMAN SLAMAT
  13. MOHD RASUL
  14. JESSY CHAN PAY SHIAN
  15. SIM LOI SENG
  16. SIMON MACKENZIE
  17. YAP HUI TECK
  18. ABDULLAH SANI
  19. NORAIMI BTE SALLEH
  20. KONG YONG HIONG

























Kini 7 lagi pemenang yang masih belum menerima hadiah berdebar menantikan siapa di antara mereka yang bakal membawa pulang sebuah TV LED 32".

Segala teka teki akhirnya terjawab apabila satu persatu kod pada hadiah di buka bagi pelanggan yang mempunyai kod yang sama untuk menerima hadiah tersebut.

Berikut adalah pemenang-pemenang bagi barangan elektrik yang di sediakan:

MR TEO TSAN KUANG - HADIAH : CEREK ELEKTRIK

MR PAUL WONG CHIEW WOON - HADIAH : SETERIKA

JURAIMI ABDILLAH - HADIAH : STAND MIXER

TOH SIEW PHENG - HADIAH : PEMBAKAR ROTI

MR CHONG MUI CHUN - HADIAH: BLENDER

MR NON KURIN - HADIAH : OVEN
 HADIAH UTAMA
Sebuah TV LED 32"
MR LIAP SIONG KHING

Majlis telah berjalan dengan lancar dan menutup tirainya pada jam 4.45 petang.

Pihak pengurusan dan krew PSS PENDING (Jimisar - Ismaco Service Station) mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang dan bagi yang tidak berjaya di harap jangan berputus asa kerana PSS PENDING akan terus memberikan ganjaran dan hadiah berupa cabutan bertuah pada setiap bulan.

Kami juga ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua pelanggan-pelanggan kami yang di hormati.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.