Saturday, May 29, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR SEMAKIN HANGAT DI MINGGU KE ENAM.


Sabtu - 29 Mei 2010.



Promosi "World Cup Fever @ Jimisar" telah sampai ke minggu ke enam. Ini bermakna tinggal 4 minggu lagi sebelum ke peringkat akhir dan acara kemuncak. Acara yang di jalankan hari ini juga bertambah hangat dengan kemunculan peserta-peserta baru yang cuba menggugat kedudukan peserta yang sedang mendahului carta 20 teratas selain peserta terdahulu terus mencuba menjaringkan gol bagi mengukuhkan kedudukan mereka selaku 20 penjaring terbanyak.

Peserta yang berjaya mendapatkan keputusan yang lebih baik kali ini adalah seperti Puan Mok Tik Nui , Encik Mohd. Osman Abd Rahman , Encik Chai Min Fah , Encik Hamdan Bujang , Encik Tan Kien Kuang , Encik Arman , Encik Eric Chong , Encik Kassim Ismail dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja berjaya menjaringkan gol tetapi yang lebih penting mereka berjaya menempatkan diri di antara peserta 20 teratas setakat minggu ke enam.


Selain acara sepak, gol dan menang di stesen ini juga ada menjual barangan edisi khas keluaran FIFA bagi World Cup In South Africa. Di antara barangan tersebut adalah seperti di bawah:
BAJU TEE KANAK-KANAK : RM23.90
SIZE : UMUR 8 TAHUN - 9 TAHUN & UMUR 10-12 TAHUN.








BAJU TEE DEWASA : RM29.90
SIZE : M & XL






BAJU DEWASA : RM33.90

SIZE : M & XL



Seramai 31 peserta baru telah mendaftarkan diri dan melakukan sepakan. Sebanyak 210 sepakan telah di buat dan sebanyak 82 gol telah berjaya di jaringkan peserta baru sepanjang minggu ke enam ini. Di antara peserta baru yang mencabar kedudukan peserta terdahulu adalah seperti Encik Mohd Osman Abd Rahman, Encik Chai Min Fah dan Encik Kassim Ismail.


Manakala peserta terdahulu yang kembali untuk menambahkan koleksi jaringan mereka pula adalah sebanyak 12 peserta yang telah membuat sebanyak 96 sepakan dengan 32 gol telah berjaya di tambahkan di dalam koleksi jaringan mereka. Di antara mereka yang menyinar minggu ini adalah Puan Mok Tik Nui, Encik Tan Kien Kuang, Encik Hamdan dan Encik Arman.


Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada mereka yang masih mengekalkan kedudukan dan bagi mereka yang sedang mencabar kedudukan peserta 20 penjaring terbanyak. Bergembira sambil berusaha mencapai matlamat masing-masing.


Berikut adalah keputusan semasa carta 20 penjaring terbanyak:


1. Mok Tik Nui (42 GOL)

2. Mohd. Osman Abd Rahman (30 GOL)

3. Chai Min Fah (15 GOL)

4. Voon Chee Shin (14 GOL)

5. Richard Tang (13 GOL)

6. Hamdan Bujang & Tan Khien Kuang (10 GOL)

8. Arman Abd Hamid (7 GOL)

9. Kassim Ismail (6 GOL)

10.Ng Siok Noi & Chen Sin Chai & Eric Chong (5 GOL)

13.Kedeni Keloni & Lam Sham Kong (4 GOL)

15.Hamidan Ayub & Taip Hj Deris & Shaharudin Yusoh & Tay Geok Seng & Ho Sin Yin & Chabul Tumi & Taha Johari & Kadir Sahar & Ismail Bujang (3 GOL)

Sekiranya ada peserta yang berkongsi kedudukan ke 20 pada akhir saingan, sepakan penentuan akan diadakan bagi mereka yang berkongsi kedudukan tersebut bagi memilih hanya 20 peserta ke peringkat akhir World Cup Fever @ Jimisar.

Jumpa anda lagi pada minggu hadapan di perkarangan stesen minyak Petronas Jalan Pending (JIMISAR SERVICE STATION) hari Sabtu 5hb Jun 2010 pada jam 4 petang hingga 6.30 petang.

Terima kasih atas sokongan anda kepada kami.

Saturday, May 22, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR MINGGU KELIMA BERTAMBAH MERIAH

Sabtu - 22 Mei 2010



Hari ini merupakan minggu kelima promosi World Cup Fever @ Jimisar dijalankan di stesen minyak Petronas, Jalan Pending. Sambutan yang di terima dari minggu ke minggu amat menggalakkan. Meja pendaftaran sering sibuk dengan penyertaan daripada peserta-peserta baru. Manakala peserta yang lama terus berusaha menambahkan bilangan GOL bagi mencerahkan peluang mereka memasuki ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 3hb Julai 2010 sehari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.


Seramai 44 orang peserta baru telah mendaftarkan diri bagi menyertai pertandingan ini. Manakala 12 orang peserta terdahulu kembali menambahkan gol peribadi mereka dan mengubah kedudukan carta 20 peserta teratas (paling banyak gol). Jumlah sepakan bagi minggu ini juga bertambah apabila ada di antara peserta yang mengumpul kupon menggunakan kupon tersebut untuk menjaringkan gol. Jumlah sepakan pada minggu ini adalah sebanyak 277 sepakan. Daripada 277 sepakan yang di buat hanya 87 gol dapat di hasilkan oleh para peserta. Purata gol adalah sebanyak 0.31%.


Para peserta di berikan saguhati setiap kali selesai membuat sepakan. Bagi mereka yang berjaya menjaringkan setiap 3 gol akan di berikan sebatang ais krim dan gula-gula Piala Dunia edisi my preferred station. Manakala yang gagal menjaringkan lebih daripada 3 gol di berikan gula-gula Piala Dunia edisi khas my preferred station sahaja.





Keputusan penuh boleh anda dapatkan di papan kenyataan di stesen kami.







Saturday, May 15, 2010

TAHNIAH KEPADA PEMENANG MINGGUAN "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR"

Sabtu - 15 Mei 2010

Jimisar Service Station (Petronas Jalan Pending) telah mengadakan acara jaringan gol sempena promosi "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR" bagi minggu keempat di perkarangan stesen ini.


Sebelum acara dimulakan semua persiapan telah di atur oleh krew Jimisar Service Station sendiri seperti penyediaan lokasi sepakan gol, penyediaan muzik dan taklimat kepada semua krew atas pembahagian tugas dan tanggungjawab masing-masing.


Persiapan agak terganggu kerana hujan yang turun sejak pagi tadi. Namun begitu tepat jam 3 petang hujan telah mula berhenti dan segala persiapan dan aturcara berjalan dengan lancar.

Seramai 34 perserta telah datang menyertai pertandingan. Peserta baru yang mendaftarkan diri adalah sebanyak 28 orang dan selebihnya adalah peserta daripada minggu sebelumnya. Hanya 28 gol dapat dijaringkan pada hari ini daripada 119 sepakan yang telah di berikan.


Di samping acara jaringan gol pihak stesen juga telah mengadakan acara penyampaian hadiah bagi peserta bertuah mingguan. Pemenang mingguan yang terpilih memenangi hadiah eksklusif daripada Jimisar Service Station. Hadiah telah disampaikan sendiri oleh pengurus stesen iaitu Puan Juliana Ismail.






Pihak pengurusan Jimisar Service Station ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang bertuah mingguan dan pemilihan akan terus dijalankan bagi memilih pemenang bertuah mingguan di minggu-minggu akan datang.

Bagi mereka yang masih menyimpan kupon di harapkan agar tidak menunggu sehingga promosi ini tamat kerana peluang mendapatkan hadiah sentiasa ada pada setiap minggu. Bagi mereka yang telah mendaftarkan diri rebutlah peluang menjadi peserta 20 teratas penjaring terbanyak bagi melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan di adakan pada 3hb Julai 2010. Hadiah tersedia bagi semua 20 peserta peringkat akhir. Oleh sebab itu, jangan tunggu lagi. Beli, dapatkan kupon, jaringkan gol dan menang.


Untuk perhatian baju Tee Fifa World Cup 2010 telah sedia untuk di jual. Bagi mereka yang memegang kupon dan memakai baju promosi Petronas Fifa World Cup akan di berikan tambahan sepakan dan menambahkan peluang menjaringkan gol.


Keputusan semasa carta 20 penjaring terbanyak setakat minggu keempat adalah seperti berikut:

1. MOK TIK NUI - 14GOL

2. HAMDAN BIN BUJANG - 5GOL

3. LIMA PESERTA BERKONGSI JARINGAN SEBANYAK 3GOL

HAMIDAN BIN AYUB

AZMAN BIN ABDUL HAMID

TAIP BIN HJ DERIS

TAN KIEN KUANG

SHAHARUDIN BIN YUSOH

8. LIMA BELAS ORANG BERKONGSI JARINGAN SEBANYAK 2GOL

WEE MIAW MENG

LIM BENG CHIN

ZAFFI BIN BUANG

GAN YUI HOCK

JOHN ATANG

KUEK SEA ENG

LEE KIN SIENG

RINO HASIROL BIN NAWAWI

HALIM BIN ROSELI

NINI CHAI KANG NEE

SAHRIZAN HARUN

AFFENDY SAHAT

ZAKARIA BIN SA'ADI

ISMAIL BIN MT AKHIR

JOHARI BIN ZAINAL ABIDIN


Anda juga boleh merujuk keputusan penuh di papan kenyataan di stesen kami. Pada minggu hadapan iaitu minggu kelima pihak stesen merancang membuat sedikit kelainan. Sekiranya anda ingin tahu, anda haruslah mengunjungi stesen kami pada Sabtu 22hb Mei 2010 jam 4 petang hingga 6.30 petang bagi mengetahui dan merasai kelainan yang di maksudkan itu.


JUMPA LAGI pada 22hb Mei 2010...


JOM SINGGAH ... JOM SEPAK BOLA ... JOM MENANG HADIAH ... JOM ENJOY BERSAMA ...







Saturday, May 8, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR BERTAMBAH MERIAH

Sabtu - 8 Mei 2010

Hari ini merupakan minggu ketiga bagi acara WORLD CUP FEVER @ JIMISAR acara jaringan gol terbanyak yang akan tamat pada 26 Jun 2010.


Sambutan yang diterima kami pada minggu ini amat mengalakkan berbanding dua minggu terdahulu iaitu seramai 57 orang telah mencuba membuat jaringan sepanjang hari ini. Sehingga tamat acara hari ini seramai 96 orang telah mendaftar dan membuat sepakan jaringan gol.


Berakhir acara hari ini seramai 5 orang berkongsi di tempat yang pertama dengan jaringan sebanyak 3 gol dan 11 orang berkongsi tempat ke enam dengan 2 gol. Hanya 20 peserta teratas dengan jaringan terbanyak yang akan dipilih memasuki pertandingan akhir dan menerima hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh pihak pengurusan stesen Petronas Jalan Pending (JIMISAR SERVICE STATION).


Masih belum terlambat dan peluang masih ada untuk anda mengejar pendahulu jaringan yang ada kerana promosi ini hanya akan berakhir pada 26 Jun 2010. Ayuh!!! Dapatkan kupon sepakan jaringan gol WORLD CUP FEVER @ JIMISAR daripada juruwang kami sekarang. (Tertakluk kepada terma dan syarat. - Sila baca terma yang ada di belakang kupon tersebut).


Selain daripada hadiah-hadiah utama 20 pemenang yang akan di hebahkan pada keluaran minggu hadapan, pihak pengurusan stesen juga telah menyediakan hadiah-hadiah sampingan eksklusif bagi pemenang "my preferred station best moment" atau "detik-detik gemilangku di my preferred station". Pemenang dipilih atas kateria seperti saat melucukan, saat-saat mengembirakan, saat-saat yang mengharukan dan sebagainya.


Pada minggu pertama pihak stesen telah memilih Puan Wee Miaw Meng peserta dari Ellis Road sebagai pemenang. Pada minggu yang kedua tiada peserta yang dipilih untuk kategori ini namun pada minggu ketiga dua peserta telah dipilih sebagai pemenang iaitu Cik Nini Chai Kang Nee dari Kenyalang Park dan Encik Affendi Sahat dari Jalan Samariang. Berikut adalah detik-detik mereka bersama WORLD CUP FEVER @ JIMISAR.



PEMENANG 1 : PUAN WEE MIAW MENG





PEMENANG 2 : NINI CHAI KANG NEE








PEMENANG 3 : ENCIK AFFENDI SAHAT


Penyampaian hadiah bagi ketiga-tiga pemenang dijangka akan disampaikan oleh Pengurus Jualan Wilayah Sarawak yang baru iaitu Encik Ahmad Akmal Bin Abu Samah pada 15hb Mei 2010 di perkarangan stesen Jimisar Service Station, Petronas Jalan Pending jam 4.25 petang.


Ayuh!!! Datanglah beramai-ramai pada hari Sabtu 15hb Mei 2010 jam 4 petang memeriahkan lagi acara sepakan jaringan gol sempena WORLD CUP FEVER @ JIMISAR. Hadiah sampingan disediakan bagi semua peserta.


Apa tunggu lagi..... Datanglah ke stesen kami dan berbelanjalah sehingga Rm30 dan dapatkan kupon penyertaan daripada juruwang kami.


Saturday, May 1, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR PADA MINGGU KEDUA


Sabtu - 1 Mei 2010

Hari ini telah masuk minggu yang kedua promosi WORLD CUP FEVER @ JIMISAR. Cuaca amat baik berbanding pada minggu yang pertama. Semua persiapan promosi telah diatur sebelum jam 4 petang lagi.

Muzik yang dimainkan semasa promosi ini pula bertemakan lagu-lagu World Cup yang lalu termasuk dua lagu baru untuk World Cup 2010 South Africa iaitu Oh!Africa daripada Akon dan lagu tema World Cup 2010.

Sambutan yang di terima amat menggalakkan dan seramai 25 peserta baru telah mencuba membuat sepakan gol sepanjang tempoh promosi hari ini. Walaupun seramai 39 orang telah berdaftar dan membuat sepakan namun peluang masih terbuka pada yang belum melakukannya kerana jaringan yang terbanyak berakhir hari ini adalah sebanyak 3 gol sahaja.

Oleh sebab itu, dapatkan kupon promosi apabila anda membelanjakan sebanyak RM30 di Jimisar Service Station untuk membolehkan anda membuat sepakan gol.

"Semakin banyak sepakan yang anda dapat, semakin banyak peluang anda menjaringkan gol dan semakin banyak peluang anda memenangi hadiah".



Berikut adalah senarai carta 20 teratas setakat hari ini:


3 GOL

1. Hamidan Bin Ayub
2. Taip Bin Hj Deris


2 GOL

3. Lim Beng Chin
4. Zaffi Bin Buang
5. Gan Yui Hock
6. John Atang
7. Kuek Sea Eng
8. Lee Kin Sieng

1 GOL

9. Mohamad Nazari B Sarbini
10. Wee Miaw Meng
11. Azman Bin Abdul Hamid
12. Richard Tang
13. Anwar Bin Adenan
14. Toh Wee Thin
15. Fong Kah That
16. Yang Chin
17. Mahdi Bin Aboi
18. Chua San Khim
19. Mohd Imran Masri
20. Nicodemius Anak Lihem

Masih ada peluang bagi anda yang terlepas acara ini sejak dua minggu yang lalu kerana jurang jaringan gol masih dekat peluang untuk memintas peserta terdahulu masih terbuka luas.

Oleh sebab itu, selalulah datang ke stesen minyak Petronas, Jalan Pending bagi membeli minyak dan barangan kedai kami bagi membolehkan anda mengumpul atau mendapatkan kupon World Cup Fever @ Jimisar daripada juruwang kami yang sentiasa bersedia menyambut anda sebagai pelanggan setia kami.

JOM SINGGAH di PSS PENDING (Petronas Service Station, Pending) minggu hadapan 8hb Mei 2010 bermula jam 4 petang sehingga jam 6.30 petang bagi memeriahkan dan mengambil bahagian di dalam acara sepakan gol sempena promosi kami "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR"