Saturday, May 8, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR BERTAMBAH MERIAH

Sabtu - 8 Mei 2010

Hari ini merupakan minggu ketiga bagi acara WORLD CUP FEVER @ JIMISAR acara jaringan gol terbanyak yang akan tamat pada 26 Jun 2010.


Sambutan yang diterima kami pada minggu ini amat mengalakkan berbanding dua minggu terdahulu iaitu seramai 57 orang telah mencuba membuat jaringan sepanjang hari ini. Sehingga tamat acara hari ini seramai 96 orang telah mendaftar dan membuat sepakan jaringan gol.


Berakhir acara hari ini seramai 5 orang berkongsi di tempat yang pertama dengan jaringan sebanyak 3 gol dan 11 orang berkongsi tempat ke enam dengan 2 gol. Hanya 20 peserta teratas dengan jaringan terbanyak yang akan dipilih memasuki pertandingan akhir dan menerima hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh pihak pengurusan stesen Petronas Jalan Pending (JIMISAR SERVICE STATION).


Masih belum terlambat dan peluang masih ada untuk anda mengejar pendahulu jaringan yang ada kerana promosi ini hanya akan berakhir pada 26 Jun 2010. Ayuh!!! Dapatkan kupon sepakan jaringan gol WORLD CUP FEVER @ JIMISAR daripada juruwang kami sekarang. (Tertakluk kepada terma dan syarat. - Sila baca terma yang ada di belakang kupon tersebut).


Selain daripada hadiah-hadiah utama 20 pemenang yang akan di hebahkan pada keluaran minggu hadapan, pihak pengurusan stesen juga telah menyediakan hadiah-hadiah sampingan eksklusif bagi pemenang "my preferred station best moment" atau "detik-detik gemilangku di my preferred station". Pemenang dipilih atas kateria seperti saat melucukan, saat-saat mengembirakan, saat-saat yang mengharukan dan sebagainya.


Pada minggu pertama pihak stesen telah memilih Puan Wee Miaw Meng peserta dari Ellis Road sebagai pemenang. Pada minggu yang kedua tiada peserta yang dipilih untuk kategori ini namun pada minggu ketiga dua peserta telah dipilih sebagai pemenang iaitu Cik Nini Chai Kang Nee dari Kenyalang Park dan Encik Affendi Sahat dari Jalan Samariang. Berikut adalah detik-detik mereka bersama WORLD CUP FEVER @ JIMISAR.



PEMENANG 1 : PUAN WEE MIAW MENG





PEMENANG 2 : NINI CHAI KANG NEE








PEMENANG 3 : ENCIK AFFENDI SAHAT


Penyampaian hadiah bagi ketiga-tiga pemenang dijangka akan disampaikan oleh Pengurus Jualan Wilayah Sarawak yang baru iaitu Encik Ahmad Akmal Bin Abu Samah pada 15hb Mei 2010 di perkarangan stesen Jimisar Service Station, Petronas Jalan Pending jam 4.25 petang.


Ayuh!!! Datanglah beramai-ramai pada hari Sabtu 15hb Mei 2010 jam 4 petang memeriahkan lagi acara sepakan jaringan gol sempena WORLD CUP FEVER @ JIMISAR. Hadiah sampingan disediakan bagi semua peserta.


Apa tunggu lagi..... Datanglah ke stesen kami dan berbelanjalah sehingga Rm30 dan dapatkan kupon penyertaan daripada juruwang kami.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.