Saturday, May 29, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR SEMAKIN HANGAT DI MINGGU KE ENAM.


Sabtu - 29 Mei 2010.



Promosi "World Cup Fever @ Jimisar" telah sampai ke minggu ke enam. Ini bermakna tinggal 4 minggu lagi sebelum ke peringkat akhir dan acara kemuncak. Acara yang di jalankan hari ini juga bertambah hangat dengan kemunculan peserta-peserta baru yang cuba menggugat kedudukan peserta yang sedang mendahului carta 20 teratas selain peserta terdahulu terus mencuba menjaringkan gol bagi mengukuhkan kedudukan mereka selaku 20 penjaring terbanyak.

Peserta yang berjaya mendapatkan keputusan yang lebih baik kali ini adalah seperti Puan Mok Tik Nui , Encik Mohd. Osman Abd Rahman , Encik Chai Min Fah , Encik Hamdan Bujang , Encik Tan Kien Kuang , Encik Arman , Encik Eric Chong , Encik Kassim Ismail dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja berjaya menjaringkan gol tetapi yang lebih penting mereka berjaya menempatkan diri di antara peserta 20 teratas setakat minggu ke enam.


Selain acara sepak, gol dan menang di stesen ini juga ada menjual barangan edisi khas keluaran FIFA bagi World Cup In South Africa. Di antara barangan tersebut adalah seperti di bawah:
BAJU TEE KANAK-KANAK : RM23.90
SIZE : UMUR 8 TAHUN - 9 TAHUN & UMUR 10-12 TAHUN.








BAJU TEE DEWASA : RM29.90
SIZE : M & XL






BAJU DEWASA : RM33.90

SIZE : M & XL



Seramai 31 peserta baru telah mendaftarkan diri dan melakukan sepakan. Sebanyak 210 sepakan telah di buat dan sebanyak 82 gol telah berjaya di jaringkan peserta baru sepanjang minggu ke enam ini. Di antara peserta baru yang mencabar kedudukan peserta terdahulu adalah seperti Encik Mohd Osman Abd Rahman, Encik Chai Min Fah dan Encik Kassim Ismail.


Manakala peserta terdahulu yang kembali untuk menambahkan koleksi jaringan mereka pula adalah sebanyak 12 peserta yang telah membuat sebanyak 96 sepakan dengan 32 gol telah berjaya di tambahkan di dalam koleksi jaringan mereka. Di antara mereka yang menyinar minggu ini adalah Puan Mok Tik Nui, Encik Tan Kien Kuang, Encik Hamdan dan Encik Arman.


Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada mereka yang masih mengekalkan kedudukan dan bagi mereka yang sedang mencabar kedudukan peserta 20 penjaring terbanyak. Bergembira sambil berusaha mencapai matlamat masing-masing.


Berikut adalah keputusan semasa carta 20 penjaring terbanyak:


1. Mok Tik Nui (42 GOL)

2. Mohd. Osman Abd Rahman (30 GOL)

3. Chai Min Fah (15 GOL)

4. Voon Chee Shin (14 GOL)

5. Richard Tang (13 GOL)

6. Hamdan Bujang & Tan Khien Kuang (10 GOL)

8. Arman Abd Hamid (7 GOL)

9. Kassim Ismail (6 GOL)

10.Ng Siok Noi & Chen Sin Chai & Eric Chong (5 GOL)

13.Kedeni Keloni & Lam Sham Kong (4 GOL)

15.Hamidan Ayub & Taip Hj Deris & Shaharudin Yusoh & Tay Geok Seng & Ho Sin Yin & Chabul Tumi & Taha Johari & Kadir Sahar & Ismail Bujang (3 GOL)

Sekiranya ada peserta yang berkongsi kedudukan ke 20 pada akhir saingan, sepakan penentuan akan diadakan bagi mereka yang berkongsi kedudukan tersebut bagi memilih hanya 20 peserta ke peringkat akhir World Cup Fever @ Jimisar.

Jumpa anda lagi pada minggu hadapan di perkarangan stesen minyak Petronas Jalan Pending (JIMISAR SERVICE STATION) hari Sabtu 5hb Jun 2010 pada jam 4 petang hingga 6.30 petang.

Terima kasih atas sokongan anda kepada kami.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.