Saturday, May 15, 2010

TAHNIAH KEPADA PEMENANG MINGGUAN "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR"

Sabtu - 15 Mei 2010

Jimisar Service Station (Petronas Jalan Pending) telah mengadakan acara jaringan gol sempena promosi "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR" bagi minggu keempat di perkarangan stesen ini.


Sebelum acara dimulakan semua persiapan telah di atur oleh krew Jimisar Service Station sendiri seperti penyediaan lokasi sepakan gol, penyediaan muzik dan taklimat kepada semua krew atas pembahagian tugas dan tanggungjawab masing-masing.


Persiapan agak terganggu kerana hujan yang turun sejak pagi tadi. Namun begitu tepat jam 3 petang hujan telah mula berhenti dan segala persiapan dan aturcara berjalan dengan lancar.

Seramai 34 perserta telah datang menyertai pertandingan. Peserta baru yang mendaftarkan diri adalah sebanyak 28 orang dan selebihnya adalah peserta daripada minggu sebelumnya. Hanya 28 gol dapat dijaringkan pada hari ini daripada 119 sepakan yang telah di berikan.


Di samping acara jaringan gol pihak stesen juga telah mengadakan acara penyampaian hadiah bagi peserta bertuah mingguan. Pemenang mingguan yang terpilih memenangi hadiah eksklusif daripada Jimisar Service Station. Hadiah telah disampaikan sendiri oleh pengurus stesen iaitu Puan Juliana Ismail.






Pihak pengurusan Jimisar Service Station ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang bertuah mingguan dan pemilihan akan terus dijalankan bagi memilih pemenang bertuah mingguan di minggu-minggu akan datang.

Bagi mereka yang masih menyimpan kupon di harapkan agar tidak menunggu sehingga promosi ini tamat kerana peluang mendapatkan hadiah sentiasa ada pada setiap minggu. Bagi mereka yang telah mendaftarkan diri rebutlah peluang menjadi peserta 20 teratas penjaring terbanyak bagi melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan di adakan pada 3hb Julai 2010. Hadiah tersedia bagi semua 20 peserta peringkat akhir. Oleh sebab itu, jangan tunggu lagi. Beli, dapatkan kupon, jaringkan gol dan menang.


Untuk perhatian baju Tee Fifa World Cup 2010 telah sedia untuk di jual. Bagi mereka yang memegang kupon dan memakai baju promosi Petronas Fifa World Cup akan di berikan tambahan sepakan dan menambahkan peluang menjaringkan gol.


Keputusan semasa carta 20 penjaring terbanyak setakat minggu keempat adalah seperti berikut:

1. MOK TIK NUI - 14GOL

2. HAMDAN BIN BUJANG - 5GOL

3. LIMA PESERTA BERKONGSI JARINGAN SEBANYAK 3GOL

HAMIDAN BIN AYUB

AZMAN BIN ABDUL HAMID

TAIP BIN HJ DERIS

TAN KIEN KUANG

SHAHARUDIN BIN YUSOH

8. LIMA BELAS ORANG BERKONGSI JARINGAN SEBANYAK 2GOL

WEE MIAW MENG

LIM BENG CHIN

ZAFFI BIN BUANG

GAN YUI HOCK

JOHN ATANG

KUEK SEA ENG

LEE KIN SIENG

RINO HASIROL BIN NAWAWI

HALIM BIN ROSELI

NINI CHAI KANG NEE

SAHRIZAN HARUN

AFFENDY SAHAT

ZAKARIA BIN SA'ADI

ISMAIL BIN MT AKHIR

JOHARI BIN ZAINAL ABIDIN


Anda juga boleh merujuk keputusan penuh di papan kenyataan di stesen kami. Pada minggu hadapan iaitu minggu kelima pihak stesen merancang membuat sedikit kelainan. Sekiranya anda ingin tahu, anda haruslah mengunjungi stesen kami pada Sabtu 22hb Mei 2010 jam 4 petang hingga 6.30 petang bagi mengetahui dan merasai kelainan yang di maksudkan itu.


JUMPA LAGI pada 22hb Mei 2010...


JOM SINGGAH ... JOM SEPAK BOLA ... JOM MENANG HADIAH ... JOM ENJOY BERSAMA ...







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.