Hari ini merupakan minggu kelima promosi World Cup Fever @ Jimisar dijalankan di stesen minyak Petronas, Jalan Pending. Sambutan yang di terima dari minggu ke minggu amat menggalakkan. Meja pendaftaran sering sibuk dengan penyertaan daripada peserta-peserta baru. Manakala peserta yang lama terus berusaha menambahkan bilangan GOL bagi mencerahkan peluang mereka memasuki ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 3hb Julai 2010 sehari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.
Seramai 44 orang peserta baru telah mendaftarkan diri bagi menyertai pertandingan ini. Manakala 12 orang peserta terdahulu kembali menambahkan gol peribadi mereka dan mengubah kedudukan carta 20 peserta teratas (paling banyak gol). Jumlah sepakan bagi minggu ini juga bertambah apabila ada di antara peserta yang mengumpul kupon menggunakan kupon tersebut untuk menjaringkan gol. Jumlah sepakan pada minggu ini adalah sebanyak 277 sepakan. Daripada 277 sepakan yang di buat hanya 87 gol dapat di hasilkan oleh para peserta. Purata gol adalah sebanyak 0.31%.
Para peserta di berikan saguhati setiap kali selesai membuat sepakan. Bagi mereka yang berjaya menjaringkan setiap 3 gol akan di berikan sebatang ais krim dan gula-gula Piala Dunia edisi my preferred station. Manakala yang gagal menjaringkan lebih daripada 3 gol di berikan gula-gula Piala Dunia edisi khas my preferred station sahaja.
Keputusan penuh boleh anda dapatkan di papan kenyataan di stesen kami.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.