Salam 1 Malaysia kepada pembaca dan pelanggan setia JIMISAR SERVICE STATION (PSS Pending).
Minggu ketujuh bagi promosi "World Cup Fever @ Jimisar" berjalan dengan penuh drama dan berliku. Buat pertama kali sejak promosi ini diadakan pada 24hb April 2010, hujan telah turun dengan lebat sekali semasa acara sepakan dijalankan.
Namun begitu dengan perancangan yang telah di atur lebih awal bagi menghadapi sebarang masalah semuanya berjalan dengan lancar walaupun lokasi sepakan terpaksa diubah.
Hari ini juga merupakan cuti persekolahan dan cuti umum kerana menyambut "Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong". Walaupun begitu promosi ini tetap meriah dan berjalan dengan lancar.
Berikut adalah keputusan terkini 20 penjaring terbanyak setakat minggu ini:
1. Mok Tik Nui (42 Gol)
2. Chabul Anak Tumi (36 Gol)
3. Mohd Osman Abd Rahman (30 Gol)
4. Sylvester Pelawan (26 Gol)
5. Hamdan Bujang (20 Gol)
6. Chai Min Fah & Eric Chong (15 Gol)
8. Voon Chee Shin (14 Gol)
9. Richard Tang (13 Gol)
10.Tan Kien Kuang (10 Gol)
11. Ismail Buang (9 Gol)
12. Arman Abdul Hamid (7 Gol)
13. Kassim Ismail (6 Gol)
14. Ng Siok Noi & Chen Sin Chai & Ho Sin Yin (5 Gol)
17. Kedeni Keloni & Lam Sham Kong & Subori Abang & Sahrizan Harun (4 Gol)
Seramai 9 peserta berkongsi tempat ke-21 dengan 3 Gol. Manakala seramai 23 peserta berkongsi tempat ke-30 dengan 2 Gol. Untuk keputusan penuh anda boleh dapatkannya di papan kenyataan "JIMISAR SERVICE STATION" Petronas Jalan Pending.
Pemenang mingguan pula akan di umumkan pada minggu kelapan promosi ini iaitu pada 12hb Jun 2010. Anda di jemput hadir pada minggu hadapan kerana selain menambahkan koleksi Gol, anda juga dapat merasakan debaran Piala Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi. Anda juga boleh datang dengan memakai jersey pasukan pilihan anda, siapa tahu anda juga berpeluang memenangi hadiah misteri yang di sediakan oleh pihak stesen.
"Ole Ole Ole South Africa"
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.