Saturday, June 26, 2010

WORLD CUP FEVER @ JIMISAR DI MINGGU KESEPULUH




ARE YOU READY?




Sabtu - 26hb Jun 2010



Salam 1 Malaysia buat semua pelanggan dan peserta World Cup Fever @ Jimisar.



Kami meminta maaf atas kelewatan keluaran edisi kali ini. Di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.



Kini tinggal satu minggu lagi promosi World Cup Fever @ Jimisar akan diadakan pada 03hb Julai 2010. Bagi peserta yang masih memegang kupon yang banyak di harapkan agar dapat hadir untuk menghabiskan sepakan anda. Pada minggu kesebelas ini kami akan membuka gelanggang sejam lebih awal iaitu pada jam 3 petang dan akan ditutup secara rasminya pada jam 7 petang. Selepas jam 6.30 petang penerimaan kupon tidak akan diterima lagi. Oleh sebab itu Jimisar Service Station ingin menyeru peserta agar dapat hadir seawal yang mungkin bagi melengkapkan jumlah sepakan anda. Siapa tahu anda dapat memintas peserta yang sedang mendahului carta ketika ini.


Pada minggu kesepuluh tidak banyak penyertaan baru yang kami terima. Hanya 12 peserta baru yang mendaftar manakala selebihnya adalah peserta yang terdahulu yang cuba menambahkan bilangan gol mereka.











Kehangatan makin terasa selari dengan keputusan-keputusan perlawanan bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan. Hanya satu pasukan daripada benua Afrika Selatan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir iaitu Ghana. Manakala Korea Selatan dan Jepun yang mewakili Asia pula terkandas di peringkat kedua pertandingan.











Gambar di atas menunjukkan ikatan kekeluargaan yang erat apabila anak dan ayah sama-sama berusaha menambahkan gol. Saban minggu mereka datang bersama-sama membuat sepakan dan memberikan semangat kepada ahli keluarga masing-masing.


Berikut adalah keputusan semasa sehingga tamat minggu kesepuluh:


  1. Mok Tik Nui (151 Gol)
  2. Mohd Osman Abd Rahman (148 Gol)
  3. Chai Min Fah (83 Gol)
  4. Richard Tang (47 Gol)
  5. Chabul Anak Tumi (43 Gol)
  6. Ho Sin Yin (43 Gol)
  7. Gilbert Anak Gustan (40 Gol)
  8. Voon Chee Shin (37 Gol)
  9. Eric Chong (36 Gol)
  10. Sylvester Pelawan (33 Gol)
  11. Hamdan Bin Bujang (32 Gol)
  12. Karim Bin Lot (27 Gol)
  13. Tan Kien Kuang (26 Gol)
  14. Ismail Bin Buang (22 Gol)
  15. Subori Bin Abang (17 Gol)
  16. Jamil Bin Sarkawi (17 Gol)
  17. Syarmiza Bin Sulaiman (15 Gol)
  18. Liu Kit Lim (14 Gol)
  19. Taha Bin Johari (13 Gol)
  20. Ahmed Nasser (9 Gol)

Terdapat peserta yang masih berpeluang memintas peserta di carta 20 penjaring terbanyak. Mereka adalah Ho Mong Hua, Arman Abdul Hamid, Kassim Ismail, Ng Siok Noi, Chen Sin Chai, Lau Teck Ping, Mohammad Halim dan ramai lagi.

Jimisar Service Station sekali lagi mengingatkan para peserta agar hadir seawal yang mungkin bagi memudahkan perjalanan promosi pada minggu terakhir ini. Selamat maju jaya kepada semua peserta dan majulah sukan untuk kesihatan.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.