
Salam 1 Malaysia kepada semua pelanggan Jimisar Service Station, pembaca dan para peserta "World Cup Fever @ JIMISAR".
Mengikut perancangan awal Jimisar Service Station menetapkan 26hb Jun 2010 sebagai penutup carta 20 peserta teratas untuk di pilih ke peringkat akhir yang akan di lansungkan pada 03hb Julai 2010. Namun begitu di atas sambutan yang hangat dan permintaan dari pelanggan dan peserta "World Cup Fever @ JIMISAR" maka pihak stesen Jimisar telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh tarikh tutup carta 20 peserta teratas seminggu lagi.
Ini bermakna tarikh akhir sepakan gol bagi memilih 20 peserta teratas yang baru adalah pada 03hb Julai 2010 jam 7 malam. Pertandingan akhir "World Cup Fever @ JIMISAR" pula akan diadakan pada 10hb Julai 2010 jam 4 petang iaitu sehari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Semua peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak stesen dan keputusan penuh boleh di dapati di papan kenyataan stesen selain laman blog kami.
Pihak stesen Jimisar mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan setia kami di atas sokongan anda terhadap stesen kami dan promosi-promosi yang kami jalankan dari masa kesemasa.
Nama Promosi : "World Cup Fever @ JIMISAR"
Tarikh Mula Promosi : 24hb April 2010
Tarikh Akhir Promosi : 03hb Julai 2010
Tarikh Pertandingan Akhir : 10hb Julai 2010
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.