
Salam 1 Malaysia buat semua pembaca dan pelanggan setia Jimisar Service Station (PSS Pending).
Malam ini akan bermulanya Piala Dunia 2010 di South Afrika dengan perlawanan pembukaan di antara pasukan tuan rumah (Afrika Selatan) bertemu dengan pasukan Mexico jam 10 malam waktu Malaysia.
Perlawanan ini dijangka menarik kerana reputasi Mexico sebagai pasukan yang sentiasa mencipta kejutan serta pembabitan Afrika Selatan selaku tuan rumah pertama dari benua Afrika yang pastinya akan menjadikan pentas ini sebagai titik permulaan pasukan dari benua tersebut.
Awal pagi tadi juga waktu Malaysia telah berlangsung konsert Kick Off Celebration di stadium Orlando, Soweto. Artis-artis tempatan yang membuat persembahan tidak mengecewakan dengan persembahan mereka. Selain itu di antara artis-artis antarabangsa yang membuat persembahan seperti Black Eyed Peas, Alicia Keys dan Shakira juga tidak mengecewakan. Sila klik pada video di bawah bagi menyaksikan persemabahan Shakira pada awal pagi tadi waktu Malaysia.
Pasukan negara mana pilihan anda? Negara mana pula yang akan melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.