Saturday, June 12, 2010

MINGGU KELAPAN PENUH DENGAN DEBARAN

Sabtu - 12hb Jun 2010


Salam 1 Malaysia buat semua pelanggan, pembaca dan peserta.


Menariknya di minggu kelapan ini apabila persaingan merebut 20 tempat ke pusingan akhir "World Cup Fever @ Jimisar" semakin memuncak dan mendebarkan. Carta 20 penjaring terbanyak sering berubah-berubah.



Persaingan di hangatkan oleh En. Mohd Osman apabila berjaya menjaringkan sebanyak 41 Gol daripada 84 sepakan yang beliau miliki. Keputusan ini telah membolehkan beliau naik ke tempat pertama setelah mengumpul 71 Gol sehingga ke hari ini.



Walaubagaimana pun pada lewat petang tadi, pendahulu sebelum ini iaitu Cik Mok Tik Nui telah datang untuk mengambil sepakan beliau dan berjaya memintas kembali kedudukan nombor satu dengan jumlah 82 Gol. Beliau mendahului peserta berkedudukan nombor 2 dengan 11 Gol sahaja.
Pada hari ini, beliau telah membuat 66 sepakan dan berhasil mendapatkan 40 Gol.




Di antara peserta yang masih mencuba untuk menambahkan koleksi gol mereka seperti En. Lau Teck Ping, En. Eric Chong, En. Hamdan Bujang dan En. Tan Kien Kuang. Syabas dan cuba lagi kami ucapkan.






Di antara peserta baru yang menyinar pada hari ini adalah En. Jamil Sarkawi daripada Petrajaya dengan 12 Gol daripada 36 sepakan yang beliau miliki. Lihat sahaja beliau beraksi (gambar di sebelah) lengkap dengan pakaian sukan pasukan kegemaran beliau BRAZIL. Dengan kupon yang beliau miliki sebanyak 9 helai, beliau layak untuk tambahan 1 sepakan bagi setiap kupon kerana memakai pakaian sukan.




Promosi ini bukan sahaja menarik para pelanggan untuk mencuba kehebatan masing-masing dalam permainan bolasepak tetapi ia juga berhasil merapatkan ikatan kekeluargaan apabila anak-anak dan ibubapa turut membuat sepakan. Secara tidak langsung juga pihak stesen (Jimisar Service Station) dapat merapatkan hubungan dua hala bersama pelanggan-pelanggan. Selain daripada itu pihak stesen juga mempromosikan barangan edisi khas FIFA WORLD CUP 2010 daripada Petronas.

Berikut adalah di antara aksi-aksi menarik yang sempat di rakamkan pada minggu kelapan ini:















Berikut adalah keputusan semasa sehingga tamat minggu kelapan "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR" :
  1. MOK TIK NUI - 82 GOL
  2. MOHD OSMAN ABD RAHMAN - 71 GOL
  3. CHAI MIN FAH - 54 GOL
  4. CHABUL ANAK TUMI - 36 GOL
  5. SYLVESTER PELAWAN - 26 GOL
  6. HAMDAN BUJANG - 25 GOL
  7. ERIC CHONG - 23 GOL
  8. ISMAIL BUANG - 19 GOL
  9. VOON CHEE SHIN - 14 GOL
  10. RICHARD TANG - 13 GOL
  11. TAN KIEN KUANG - 13 GOL
  12. JAMIL SARKAWI - 12 GOL
  13. TAHA JOHARI - 11 GOL
  14. HO SIN YIN - 8 GOL
  15. LIU KIT LIM - 8 GOL
  16. ARMAN ABDUL HAMID - 7 GOL
  17. KASSIM ISMAIL BAALI - 6 GOL
  18. NG SIOK NOI - 5 GOL
  19. CHEN SIN CHAI - 5 GOL
  20. TUJUH PESERTA BERKONGSI TEMPAT KE-20 DENGAN 4 GOL - LAU TECK PING , KEDENI KELONI , LAM SHAM KONG , SUBORI BIN ABANG , SAHRIZAN HARUN , JEE SANG FUNG & FAIZAL FADIL.

Minggu kelapan mencatatkan jumlah jaringan terbesar semenjak promosi ini di adakan. Sebanyak 29 peserta baru telah mendaftar menjadikan jumlah peserta sehingga minggu kelapan sebanyak 241 peserta. Sebanyak 534 sepakan di lakukan oleh semua peserta minggu ini dengan jumlah jaringan yang berjaya di sumbat sebanyak 209 gol. Purata gol bagi setiap tendangan adalah sebanyak 0.60 gol.

Untuk makluman semua peserta tinggal tiga minggu lagi "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR" akan diadakan sebelum acara akhir pada 10hb Julai 2010. Oleh yang demikian bagi para peserta yang mengumpul kupon disarankan agar tidak menunggu saat-saat akhir kerana tarikh akhir semakin hampir.


Jika anda telah bersedia kami juga sentiasa sedia menyambut kedatangan anda. Datang pada setiap Sabtu jam 4 petang hingga 7 malam bagi menambahkan jaringan anda agar anda terpilih menjadi 20 peserta akhir nanti. Jangan tunggu lagi.. Beli, kumpul, jaringkan gol dan menang.

Pihak stesen akan memaparkan pemenang mingguan pada edisi akan datang. Kunjungi kami untuk maklumat lebih lanjut. JUMPA LAGI DI "WORLD CUP FEVER @ JIMISAR".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.