Saturday, June 19, 2010

Minggu 9 "World Cup Fever @ JIMISAR" bertambah hangat


Sabtu - 19hb Jun 2010


"World Cup Fever @ JIMISAR" semakin hampir ke acara kemuncak. Tinggal dua minggu lagi sebelum acara kemuncak pertandingan akhir yang akan diadakan pada 10hb Julai 2010.




Minggu ini kehangatannya dapat di rasakan oleh stesen kami dan juga peserta yang berusaha merebut 20 tempat ke peringkat akhir. Minggu ini hanya 12 penyertaan baru yang kami terima. Di antara peserta baru yang menyerlah seperti En. Karim Bin Lot bersama anak-anak beliau dan En. Gilbert. Manakala 16 peserta yang laim merupakan peserta terdahulu yang kembali bagi mengukuhkan kedudukan mereka di dalam carta.
Perebutan tempat teratas juga semakin sengit dengan dua peserta yang saling bertukar kedudukan pada seisi hari ini. Tempat pertama telah berjaya di pintas oleh En. Mohd Osman pada jam 6 petang dengan jumlah jaringan terkumpul sebanyak 114 gol. Namun begitu Mok Tik Nui kembali mendahului carta pada saat-saat akhir dengan kelebihan satu gol jumlah jaringan terkumpul beliau sebanyak 115 gol.
Peserta E05 (Ms. Ho Sin Yin) datang setiap kali bersama keluarga yang sentiasa menyokong beliau apabila membuat sepakan. Gambar di bawah menunjukkan aksi beliau dan sokongan yang beliau terima daripada keluarga.
Usia tidak menghalang seorang lagi peserta yang menduduki carta 20 masa ini daripada menyertai dan memenangi pertandingan ini. Peserta E39 Encik Eric Chong di antara yang menyerlah hari ini. Saksikan sahaja bagaimana beliau membuka kasut dan hanya memakai stokin untuk menyepak setelah sepakan beliau ketika menggunakan kasut sering tersasar. Beliau di temani oleh isteri yang menyokong beliau ketika melakukan sepakan.

Dengan tinggal dua minggu lagi carta 20 teratas akan di ketahui , pihak stesen Jimisar Service Station berharap agar peserta-peserta yang masih menyimpan kupon untuk menggunakannya secepat mungkin. Jangan di simpan di saat-saat akhir. Pihak stesen akan menutup gelanggang tepat jam 7 malam setiap Sabtu. Penyertaan yang lewat tidak dapat di layan.
Pihak stesen ingin membuat pengumuman bahawa pada 03hb Julai iaitu minggu terakhir carta 20 , kami akan membuka gelanggang pada jam 3 petang (sejam) lebih awal daripada kebiasaannya kerana ingin memenuhi penyertaan dengan jumlah sepakan yang banyak. Pihak stesen amat-amat berharap agar mendapat kerjasama sepenuhnya daripada para peserta "World Cup Fever @ Jimisar".
Siri gambar di bawah menunjukkan aksi En. Mohd Osman yang kini menduduki tangga kedua.

Berikut adalah carta 20 teratas setelah tamat minggu ke-9:
  1. Mok Tik Nui - 115 gol
  2. Mohd Osman Abd Rahman - 114 gol
  3. Chai Min Fah - 67 gol
  4. Chabul Anak Tumi - 43 gol
  5. Eric Chong - 36 gol
  6. Hamdan Bujang - 32 gol
  7. Sylvester Pelawan - 26 gol
  8. Ho Sin Yin - 25 gol
  9. Karim Bin Lot - 23 gol
  10. Ismail Buang - 19 gol
  11. Jamil Sarkawi - 17 gol
  12. Voon Chee Shin - 14 gol
  13. Richard Tang - 13 gol
  14. Tan Kien Kuang - 13 gol
  15. Taha Johari - 13 gol
  16. Subori Abang - 12 gol
  17. Syarmiza Sulaiman - 8 gol
  18. Liu Kit Kim - 8 gol
  19. Arman Abdul Hamid - 7 gol
  20. Kassim Ismail Baali - 6 gol
Bagi peserta yang tidak berada di carta 20 ini masih dapat memintas kerana jumlah gol bagi peserta ke-20 masih dapat di kejar dan di pintas. Jom Singgah di Jimisar Service Station sekarang dan dapatkan kupon anda bagi melayakkan anda menambah jaringan.
Jimisar Service Station juga ingin mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada semua peserta dan sekalung tahniah bagi mereka yang sedang mendahului carta jaringan terbanyak.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.